BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 19, 2009

Terkena Usikan...

Ingin aku kongsikan apa yang telah terjadi pada hari sabtu yang lepas,

Sebelum itu aku ingin beritahu yang aku ada menjalankan perkhidmatan mengurut secara ikhlas untuk kaum lelaki dan aku juga ada menolong sesiapa yang ingin mengubat atau menghadapi masalah gangguan makhluk halus.

Dan pada hari sabtu yang lau aku telah pergi ke rumah seorang kawan aku yang selalu aku jumpa untuk merasai BURGER jualannya kerana dia dan kawan dia ada meminta aku mengurut kerana dia hendak bermain bola pada keesokkan harinya dan dia merasa sait2 di belakangnya.

Setibanya aku di rumah kawan aku ni,dia memberitahu aku yang anak perempuannya muntah2 dan tiada selera makan. Aku bertanyakan muntah anaknya tu bagaimana, kawanku menjawab muntah anaknya itu terdapat darah, aku berfikir sebentar.

Aku menyarankan supaya kawanku membawa anak perempuannya ke klinik tapi memandangkan anak perempuannya telah tido aku menyarankan supaya dia membawa anak perempuannya keesokkan hari, sambil aku memberikan air jampi untuk beri anak perempuannya minum dan limau untuk anak perempuannya mandi.

Alhamdulillah, selang beberapa hari kawan aku berjumpa dengan aku dan menyata syukurnya kerana anak perempuannya telah elok. Aku cuma mengatakan yang aku hanya menjalankan kewajipan aku dan semua ini adalah atas ketentuan Allah s.w.t....

Lega hatiku kerana dapat menolong kawanku...

0 comments: