Sebelum aku mula bercerita panjang nanti, aku nak korang semua pembaca blog berfikir sejenak,selama ni kita adil ker?,adil pada diri sendiri,ibu bapa,adik-beradik,kawan-kawan dan rakan sekerja?
Pernah tak timbul perasaan dengki pada diri kiter pada seseorang? kalau ada fikirkan kenapa?
Bengang?, mesti adakan?
Ni kisah aku,
Aku seorang perkerja kerajaan yang boleh dikatakan baru la,
berkeja selama 2 tahun. Aku bersyukur dapat memasuki karier sebagai kakitangan kerajaan dan ilmu aku sebangai jurugambar diluar dulu dan pereka graphic dan animasi digunakan di sini.
Pada permulaan aku bekerja aku rasa seronok sangat.dapat kawan baru, ilmu baru dan pengalaman baru.
Tapi,ada seorang rakan sepejabat aku ni yang aku tak faham apa yang dier tak puas hati ngan aku sampai sekarang ni asyik buat aku bengang. MEMANG AKU BENGANG SANGAT!!!
kalau aku kacau bini dier ker, awek dier ker, adik dier ker, ada la sebab dier tak puas hati kat aku,ni aku pun tak tahu aper yang "short" kat dier asyik nak buat aku bengang.
selama ni aku tak kisah tapi kali ni dier dah melampau batas, aku tak pernah marah dier masa dier suruh aku ambil gambar majlis aper2 pun tapi biler time majlis besar jer asyik dier jer nak tunjuk hebat ambil gambar, hehehehe, aku tak kisah pun. lagi senang kerja aku. tapi sekarang ni dier dah kacau periuk nasi aku, tu yang aku BENGANG SANGAT!!!
aku ada buat perniagaan perkhidmatan komputer (dari jual ke repair komputer) untuk menampung hidup di kota yang penuh dengan barang mahal,huhuhuhu. dan satu hari BOS tempat kerja aku nak minta aku betulkan komputer dier yang rosak POWER SUPPLYnya. power supply tu bukan tak boleh dapat cuma mahal sikit sebab BOS aku menggunakan komputer DELL.
jadi aku mencandangkan (Cadangkan!!!) kepada BOS aku untuk buat CPU yang baru dengan harga yang aku letak iaitu RM1350.barang-barang yang ader di dalamnyer ialah:
- Motherboard ASUS X2 @X4
- AMD Processor Core 2 Duo
- Harddisk 320 GB
- RAM 2 - 4 GB (mengikut kesesuaian)
- Graphic Card XFX G Force9800
- DVD+/- RW 4 in 1
- dan Tower
- beserta pendrive 4 GB percuma
aku juga ada mencadangkan pada bos aku ni untuk menukar monitor kalau dier jadi buat CPU kat aku kepada monitor LCD sebab dapatla bos aku lihat graphic komputernya yang menarik,Insyaallah!!, aku cadangkan pada BOS aku ni sama ada monitor LCD 14' atau 17' (terpulang pada klien la untuk memilih). aku cuma beri cadangan.
aku bagi tahu pada Bos aku yang aku cuma minta BOS aku beri aku RM2000 je untuk buat PC complete pada aku. aku siap bagi hadiah percuma lagi (pendrive 4GB,dan Speaker) disamping monitor 17' LG LCD dan Keyboard dan Mouse(tetikus) Logitech.
Minggu berikutnya aku dapat tahu yang RAKAN SEPEJABAT aku ni bagitahu kat bos untuk buat kat tempat lain. diar kata aku bagi harga mahal.aku ak marah,cuma cuba JADI LELAKI!!! dan tanya sendiri pada aku kenapa aku letak harga macam tu, ADA FAHAM?
perniagaan aku ada jaminannya:
1 tahun untuk Hardware
2 tahun untuk Software
dan aku taknak bagi barang yang murah tapi tak tahan lama. bukan prinsip aku!!!
aku letakkan harga tu untuk aku berikan pelanggan aku kepuasan bukan sakit hati dalam menggunakan pc...software aku sendiri yang install dengan complete set media application dan game secara percuma dan aku akan pastikan segalanya akan o.k biler aku bagi pada pelanggan aku.
cuma satu permintaan aku, kalau rakan aku ni yang nak buatkan komputer untuk BOS aku, aku sanggup bagi, cuma jangan la nak tikam orang dari belakang, jadi lelaki bukan orang yang bermuka-muka didunia untuk mendapatkan perhatian orang.
P:S: Dunia ni bulat, sekarang kiter buat kat orang,satu hari nanti kiter yang kena balik.
ingat-ingat la pesanan aku ni wahai SAHABAT!!!
minta maaf pada yang tersinggung cuma aku dah tak tahan dah. aku taknak pukul orang dah sebab aku ada kenangan hitam dulu,aku takkan pukul orang kecuali orang tu yang mula dulu, kalu tak jatuh la maruah aku sebagai guru silat.


0 comments:
Post a Comment