BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

Blogging Kembali.....hahahahaha....(Blogging Again)

Akhirnya selepas beberapa lama aku kembali menyambung menulis blog ini...hahaha...bukan menyendiri tetapi sedang menikmati keindahan alam perkahwinan ini, syukur alhamdulillah...akhirnya aku meninggalkan dunia bujang ini dan melangkah ke alam perkahwinan kerana aku tak sanggup melalui dunia bujang dengan penuh cabaran dan dugaan ini...

Friday, October 30, 2009

Menunggu Hari....

Minggu depan, tepat jam 11.00 pagi di Surau Al-Munir, aku akan melangsungkan pernikahan aku dengan gadis pilihan hatiku yang sudah 6 tahun menjadi kekasih hati....takut, seram, gementar...semua ada.

Mana taknya!!!...

Alam perkahwinan / rumah tangga merupakan alam yang indah untuk ditempuhi tapi perlula kita(kaum lelaki) ingati alam perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang penting bagi kita bagi memastikan alam perkahwinan / rumah tangga sentiasa bahagia dan mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T...

Semua ni mengingatkan aku tentang perjalanan kisah aku dengan kekasihku ini...

Tapi semua tu akan aku ceritakan selepas selesai pernikahan aku dengan gadis pilihanku ini...

Doakan kebahagiaan aku dengan Gadis pilihanku ini dan kepada kawan semua...kalau jadi (insyaallah) jemputlah hadir ke majlis persandinganku dengan gadis pilihanku ini pada 19/12/2009....

Sekian.....

Salam

Friday, October 2, 2009

Iklan Dari Nuffnang




Raya 2009...Yepe!!!


Hm...sedar tak sedar dah dekat dua minggu kita beraya...huhuhu bestnya.

Banyak perkara yang telah kita lakukan dalam hidup kita selama ini yang mungkin membuat kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat kita terasa, sakit hati, tersinggung,berdendam mungkin...jadi di bulan yang penuh kemaafan ini eloklah rasanya kita bermaaf-maafan sesama kita atas segala cacat cela kita di waktu lalu, BETUL TAK?






























Jadi di sini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepadasemua rakan-rakan,kawan-kawan, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang mengenali saya....ampunkanla segala cacat cela saya sepanjang kehidupan saya ini...

Beraya la seelok-eloknya tetapi perlulah juga berhati-hati di jalan raya kepada yang memandu...jalan bukan litar...hehehehe

Iklan Dari Nuffnang