Ingin aku kongsikan apa yang telah terjadi pada hari sabtu yang lepas,
Sebelum itu aku ingin beritahu yang aku ada menjalankan perkhidmatan mengurut secara ikhlas untuk kaum lelaki dan aku juga ada menolong sesiapa yang ingin mengubat atau menghadapi masalah gangguan makhluk halus.
Dan pada hari sabtu yang lau aku telah pergi ke rumah seorang kawan aku yang selalu aku jumpa untuk merasai BURGER jualannya kerana dia dan kawan dia ada meminta aku mengurut kerana dia hendak bermain bola pada keesokkan harinya dan dia merasa sait2 di belakangnya.
Setibanya aku di rumah kawan aku ni,dia memberitahu aku yang anak perempuannya muntah2 dan tiada selera makan. Aku bertanyakan muntah anaknya tu bagaimana, kawanku menjawab muntah anaknya itu terdapat darah, aku berfikir sebentar.
Aku menyarankan supaya kawanku membawa anak perempuannya ke klinik tapi memandangkan anak perempuannya telah tido aku menyarankan supaya dia membawa anak perempuannya keesokkan hari, sambil aku memberikan air jampi untuk beri anak perempuannya minum dan limau untuk anak perempuannya mandi.
Alhamdulillah, selang beberapa hari kawan aku berjumpa dengan aku dan menyata syukurnya kerana anak perempuannya telah elok. Aku cuma mengatakan yang aku hanya menjalankan kewajipan aku dan semua ini adalah atas ketentuan Allah s.w.t....
Lega hatiku kerana dapat menolong kawanku...
Monday, January 19, 2009
Terkena Usikan...
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 8:39 PM 0 comments
Dua EkOR HAMster ku.....huuhuhuhu
Dah lama aku teringgin nak bela binatang peliharaan....hehehehhe...akhirnya aku dapat beli dua ekor dengan harga yang boleh dikatakan murah jugak(atau pekerja kedai haiwan peliharaan tu salah kira...hm, tak tahu la Aku...hehehe) iaitu RM 20 untuk dua ekor hamster jenis winter white(comel dan lincah).
Aku berikan nama Herbie dan Bettle,tapi mak aku bagi nama panggilan rumah Nino dan Nini(so ada 2 nama la ek...),aku belikan sangkar untuk Herbie dan Bettle yang dilengkapi dengan gelongsor dan tempat untuk berjoging disamping rumah yang aku penuhi dengan sisipan tilam(kayu/wood layer) supaya Herbie dan Bettle aku dapat tido dengan lena.
Aku juga ada belikan Herbie dan Bettleku makanan yang merupakan campuran gandum,jagung dan kuaci tetapi selepas beberapa hari pemerhatian aku dan melayan komplain Herbie dan Bettle aku memutuskan untuk membeli KUACI sebagai makanan tetap dan rutin bagi Herbie dan Bettle...
Selang beberapa hari aku telah membelikan sebuah kenderaan (bola jalan) untuk Herbie dan Bettle gunakan untuk mengembara di dalam kawasan rumah aku.nyata sekali Kedua-dua mereka itu menyukainya.
Aku menantikan barang yang baru untuk Herbie dan Bettle dan aku juga menantikan jikalau Herbie dan Bettle dapat menghasilkan penghuni-penghuni baru untuk aku kenali nanti...tak sabar rasanya(padahal baru bela sekejap jer...huhuhu)
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 6:56 PM 0 comments
Labels: PengHUni BAru RuMahkU
Monday, January 12, 2009
Dendam Menukar kiter!!!
Agak pelik zaman kita sekarang ni,walaupun kita sudah ketahui bahawa dunia kita ini sudah sampai ke dunia Akhir Zaman. Tengokla keadaan sekeliling kita ni, manusia berlumba-lumba dalam mencapai kejayaan keduniaan (jujur la aku pun sama jugak kadang-kadang), sedangkan kita tahu semua ni tak membawa kita ke syurga nanti kecuali amalan dan pegangan kita pada agama kita. Ada juga yang dah mula berjinak-jinak dengan ilmu yang bukan-bukan untuk mencapai kesenangan di dunia yang hanya sementara ini. Insaflah wahai kawan
Aku bukan nak bagi ceramah tapi ni realiti yang aku nampak sepanjang aku hidup sehingga umur aku mencecah 23 tahun ni.
Aku ada manjalankan kelas silat untuk sesiapa yang berminat dan memerlukan asas perlindungan diri, mengurut dan adakalanya aku tolong mereka yang diganggu oleh benda-benda pelik ni. Dan kebanyakkan perkara yang aku jumpa selama ni selalunya berkaitan kepentingan "PENGHANTAR" itu sendiri. dan kebanyakkan pesakit yang datang atau minta pertolongan aku ni adalah golongan wanita yang ada rupa la (boleh tahan la).
Alhamdulillah selepas beberapa sesi pesakit aku ni pulih.
Aku mula berminat dalam dunia perubatan ini pada awalnya untuk membalas dendam atas kematian mak angkat aku setelah terkena santau yang teramat teruk"perutnya mengandungi anak ikan pari",amat mengerikan. Waktu tu aku tak dapat nak bantu mak angkat aku kerana aku tak tahu menahu pasal dunia perubatan ni dan dulu aku selalu mengambil ringan akan hal ini.
Selepas perkara yang sadis ini menimpa aku, aku berniat pada waktu itu untuk belajar ilmu hitam untuk membalas dendam pada orang yang telah melakukan perbuatan yang KOTOR ini pada Arwah mak angkat aku. Aku berjumpa dengan seorang pawang dan belajar semua ilmu hitam yang perlu aku pelajari selama 1 1/2 tahun.
Kemudian aku melanjutkan pelajaran di KYM (Kolej Yayasan Melaka). Pada waktu itu aku baru tamat mempelajari apa yang aku hajatkan. Ketika aku di KYM, aku berjumpa dengan bermacam-macam orang dan bermacam-macam ilmu yang dipelajari.
Satu hari sewaktu aku hendak makan, aku didekati dengan seorang lelaki yang berpakaian jubah yang menegurku. Aku mengajaknya makan (dengan niat ingin mencuba). Lelaki tersebut menerima perlawaan aku. Setelah beberapa cubaan aku pada lelaki ini jelas sekali lelaki ini bukan orang biasa.aku bertanyakan pada dia kenapa dier tidak membalas cubaan aku. Aku kurang ingat keseluruhan ayat lelaki tersebut cuma perkataan yang masih terngiang-ngiang di kepala aku dan akan aku pegang sehingga sekarang ialah "Ilmu ini datangnya dari Allah,Dia yang berkuasa dan Dia boleh menarik ilmu yang Dia beri dengan sekelip mata. Kita sesama manusia sememangnya jahil tetapi kenapa kita menyamakan diri kiter dengan golongan SYAITAN dengan membalas dendam sesama kita dan membunuh mereka yang sepatutnya hidup beramal kepada ALLAH s.w.t., siapalah kita untuk menentukan seseorang itu buruk dan seseorang itu baik. cukup la jika kita menolong mereka yang memerlukan Lampu ketika dunia mereka semakin gelap".
Aku insaf,aku insaf. Kemudiannya aku menceritakan pada lelaki tersebut mengenai ilmu yang aku telah pelajari danlelaki tersebut menyarankan aku membuangnya kerana dikhuatiri memudaratkan diri. Kemudiannya lelaki tersebut memberi aku beberapa ayat dan zikir untuk amalan dan selebihnya dia nasihatkan aku mendekatkan diri dengan ALLAH dan AL-Quran.
Alhamdulillah setelah sekian lama dendam aku hilang dan niat aku untuk meneruskan ilmu hitam yang aku pelajari itu bertukar menjadi jijik untuk mempelajarinya. aku belajar mengurut dari seorang ustaz dan cuba mendekatkan diri dengan dunia perubatan islam ini sudah hampir 3 tahun.
Dan sekarang aku bersyukur dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan aku dan dapat menurunkan ilmu persilatan kepada mereka yang berminat. aku juga ada memberi nasihat kepada mereka yang memerlukan dan mengurut.
P:S: jangan la jadi seperti aku ni, berpegang pada dendam dan rasa iri hati, aku benci mereka yang suka berdendam dan mereka yang iri hati. jalanilah kehidupan yang tenang tanpa mengganggu hidup orang lain(^-^).
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 11:07 PM 2 comments
Sunday, January 11, 2009
Tak Puas Hati,AAArGH!!!
Sebelum aku mula bercerita panjang nanti, aku nak korang semua pembaca blog berfikir sejenak,selama ni kita adil ker?,adil pada diri sendiri,ibu bapa,adik-beradik,kawan-kawan dan rakan sekerja?
Pernah tak timbul perasaan dengki pada diri kiter pada seseorang? kalau ada fikirkan kenapa?
Bengang?, mesti adakan?
Ni kisah aku,
Aku seorang perkerja kerajaan yang boleh dikatakan baru la,
berkeja selama 2 tahun. Aku bersyukur dapat memasuki karier sebagai kakitangan kerajaan dan ilmu aku sebangai jurugambar diluar dulu dan pereka graphic dan animasi digunakan di sini.
Pada permulaan aku bekerja aku rasa seronok sangat.dapat kawan baru, ilmu baru dan pengalaman baru.
Tapi,ada seorang rakan sepejabat aku ni yang aku tak faham apa yang dier tak puas hati ngan aku sampai sekarang ni asyik buat aku bengang. MEMANG AKU BENGANG SANGAT!!!
kalau aku kacau bini dier ker, awek dier ker, adik dier ker, ada la sebab dier tak puas hati kat aku,ni aku pun tak tahu aper yang "short" kat dier asyik nak buat aku bengang.
selama ni aku tak kisah tapi kali ni dier dah melampau batas, aku tak pernah marah dier masa dier suruh aku ambil gambar majlis aper2 pun tapi biler time majlis besar jer asyik dier jer nak tunjuk hebat ambil gambar, hehehehe, aku tak kisah pun. lagi senang kerja aku. tapi sekarang ni dier dah kacau periuk nasi aku, tu yang aku BENGANG SANGAT!!!
aku ada buat perniagaan perkhidmatan komputer (dari jual ke repair komputer) untuk menampung hidup di kota yang penuh dengan barang mahal,huhuhuhu. dan satu hari BOS tempat kerja aku nak minta aku betulkan komputer dier yang rosak POWER SUPPLYnya. power supply tu bukan tak boleh dapat cuma mahal sikit sebab BOS aku menggunakan komputer DELL.
jadi aku mencandangkan (Cadangkan!!!) kepada BOS aku untuk buat CPU yang baru dengan harga yang aku letak iaitu RM1350.barang-barang yang ader di dalamnyer ialah:
- Motherboard ASUS X2 @X4
- AMD Processor Core 2 Duo
- Harddisk 320 GB
- RAM 2 - 4 GB (mengikut kesesuaian)
- Graphic Card XFX G Force9800
- DVD+/- RW 4 in 1
- dan Tower
- beserta pendrive 4 GB percuma
aku juga ada mencadangkan pada bos aku ni untuk menukar monitor kalau dier jadi buat CPU kat aku kepada monitor LCD sebab dapatla bos aku lihat graphic komputernya yang menarik,Insyaallah!!, aku cadangkan pada BOS aku ni sama ada monitor LCD 14' atau 17' (terpulang pada klien la untuk memilih). aku cuma beri cadangan.
aku bagi tahu pada Bos aku yang aku cuma minta BOS aku beri aku RM2000 je untuk buat PC complete pada aku. aku siap bagi hadiah percuma lagi (pendrive 4GB,dan Speaker) disamping monitor 17' LG LCD dan Keyboard dan Mouse(tetikus) Logitech.
Minggu berikutnya aku dapat tahu yang RAKAN SEPEJABAT aku ni bagitahu kat bos untuk buat kat tempat lain. diar kata aku bagi harga mahal.aku ak marah,cuma cuba JADI LELAKI!!! dan tanya sendiri pada aku kenapa aku letak harga macam tu, ADA FAHAM?
perniagaan aku ada jaminannya:
1 tahun untuk Hardware
2 tahun untuk Software
dan aku taknak bagi barang yang murah tapi tak tahan lama. bukan prinsip aku!!!
aku letakkan harga tu untuk aku berikan pelanggan aku kepuasan bukan sakit hati dalam menggunakan pc...software aku sendiri yang install dengan complete set media application dan game secara percuma dan aku akan pastikan segalanya akan o.k biler aku bagi pada pelanggan aku.
cuma satu permintaan aku, kalau rakan aku ni yang nak buatkan komputer untuk BOS aku, aku sanggup bagi, cuma jangan la nak tikam orang dari belakang, jadi lelaki bukan orang yang bermuka-muka didunia untuk mendapatkan perhatian orang.
P:S: Dunia ni bulat, sekarang kiter buat kat orang,satu hari nanti kiter yang kena balik.
ingat-ingat la pesanan aku ni wahai SAHABAT!!!
minta maaf pada yang tersinggung cuma aku dah tak tahan dah. aku taknak pukul orang dah sebab aku ada kenangan hitam dulu,aku takkan pukul orang kecuali orang tu yang mula dulu, kalu tak jatuh la maruah aku sebagai guru silat.
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 6:28 AM 0 comments
Thursday, January 8, 2009
sambungan...Selamat Tahun Baru 2009!!!
Luper pulak nak ucapkan selamat tahun baru kepada:
- Kak Naemah - Happy selalu...:-p
- Bob - Teruskan aktiviti anda....jadilah kasanova yang berjaya...hehehehehe
- Kak Siti Sapa'ah - bakal mak mertua yang tercinta.....buatla tarian ponco-ponco....
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 8:00 PM 0 comments
SalaM TahUN BarU...2009 (Cow Years)
Salam tahun baru kepada semua kawan-kawan, sahabat, anak murid silatku,murid tuisyen BI dan rakan sepejabat di JPN serta semua insan yang mengenali saya...hehehehehe
Agak kekok biler tahun baru menyusul....
berfikir tentang azam baru la katakan....
tapi mungkin azam baru aku tahun ni nak membuka perniagaan(insyaallah)....kalau takde halangan...biasa la biler kiter merancnag sesuatu pasti ada cabaran yang menyusul....tapi dengan cabaran itula kiter menjadi matang dalam kehidupan harian....betul la kot....:-p
selamat datang kepada rakan sepejabat yang baru dan selamat maju jaya kepada rakan dan kakak-kakak yang comel lagi cute kak pejabat aku ni...
kepada:
- Kak Mas - stay cute always dan jangan la marah2...hehehehehe
- Kak Ana - senyum selalu kerana senyuman kak ana menawan...dan selamat menceburi bidang desingner....tapi kalau perlukan pertolongan bagitahu la....
- Lea - harap sihat cepat dan tahniah kerana sudah mendapat cahaya mata yang pertama...
- Kak Sofea - selamat bertugas....cian tak dapat tempat lagi...ada tempat pun takde komputer lagi...buat manual la dulu...hehehehe
- Yus - dah dapat kereta baru nanti jangan la luper pelawa naik...huhuuhu
- Abg Mi - sorry la sebab tak dapat nak join aktiviti kebudayaan walaupun saya berminat dan abang mi ada pelawa.....insyaallah kalau takde halangan tahun ni saya nak cuba...:-)
- Salwarina - tahun ni kahwinkan?.....semoga menghadapi dunia perkahwinan yang aman dan bahagia...aku tak tahu lagi...:-((((
- Shikin - cute and childish.....happy always...dan jangan pening-pening
- Nurul (BDP) - jaga-jaga sebab anda target lelaki untuk dijadikan awek.....huhuhuhuhu....
- Fendi - aku minta maaf sebab lambat bagi ko duit deposit ko tu...aku tengah usahakan....sorry sangat2
- En. Mazhad - perhitungan ping-pong masih belum terbayar....
- Razzuan - ada peluang jadi ahli parlimen ni......tapi jangan luper untuk berseronok gak....
- En. Zaidi - harap en. zaidi dapat mendalami lagi hati pekerja bawahan en.zaidi...
- Sharidan - berkongsi la ilmu tu...
- Math - Vouge always......kot ye pun...tali pinggang aku mana?
- Encik Wan - tak tahu nak kata apa....:-p
- Gee - eeeeeeeeeee!!!!!!....geram....minyak wangi memanggil.....huhuhuhuu
- Kak Ila - saya dah tak sabar nak jadi pakcik ni....
- Kak Fareena - Dah berapa bulan...?.....jaga kesihatan tu k
- Nurul(ISO) - Sama la macam Kak Ila....
- Kak Izah - pindah rumah elok2.....
semoga tahun baru ni dapat memberi seribu hikmat dan nikmat kepada korang semua....amin....thanks for all you sweet and sour......Hehehehehehehehe!!!!!
HAPPY NEW YEAR!!!!!.....SELAMAT TAHUN BARU!!!!!.....2009
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 7:27 PM 4 comments
Salam Perkenalan.....
Ini kali pertama aku memasuki dunia blogging...
semau ni terjadi biler aku terbaca blog seorang rakan aku yang menganggap dunia ni semuanya milik dia....semua dia tahu...dialah serba tahu...dan dialah yang bijak pandai...
aku tak tahu la apa yang bermain pada akal fikiran dia sehinggakan dia tak boleh dengar cadangan orang...seperti dia la yang mambuat fakta dan fakta dia saja la yang betul...
P:S = dunia ni besar....jangan la jadi bodoh sombong...nikmat ilmu tu ALLAH s.w.t yang beri dan Dia boleh tarik ilmu tu biler2 masa yang dikehendakiNya....fikir la....
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 6:19 PM 0 comments

