BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 21, 2009

Pc Untuk Semua...

Kepada Semua Rakan:

Ingin Mencari @ Membeli PC Dekstop @ Laptop:

Syarikat Saya menawarkan harga yang lebih baik dengan hardware yang menarik sesuai dengan haraga yang anda ingini:

Dengan bermodalkan Rm2000 - Rm3000 anda boleh mendapatkan PC dekstop yang anda idamkan.

Ini sedikit sebanyak data mengenai Hardware PC Dekstop yang saya selalu buat:

Motherboard : X2 version
Processor : Amd @ Intel @ Asus Dual Core
Ram : 2 - 4 Gb
Hard disk : 320 Gb - 1 Tera
Graphic card : XFX 9 Series @ GForce 8 - 9 Series
DVD : Multi Recoder (4 in 1)

Monitor : 19 - 21 inci

Percuma : Speaker Altec Lansing @ Sonic Gear & Pendrive 4 - 8 Gb

Anda akan diberi jaminan selama 2 tahun:
1 Tahun : untuk hardware
2 Tahun : untuk software

untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di:016-6080397-Orange
bayaran adalah melalui maybank...saya tinggal di area Putrajaya.
sekian.

Wednesday, February 4, 2009

Permainan Semangat Duit Syiling @ Mangkuk (Spirit of The Coin @ Bowl)

Kerap kali sekarang ini kiter mendengar mengenai kisah rasukan hantu,usikan hantu, histeria dan pelbagai fenomena mengenai makhluk halus ini. tetapi tahu tak kiter yang sebenarnya penyebab kepada berlakunya perkara ini adalah kerana perbuatan mereka yang kurang bertanggungjawab dan suka berseronok ini.

Dunia hostel mahupun asrama merupakan dunia yang terasing dari hiburan luar dan gangguan luar. Aku pernah menjadi penghuni asrama ketika aku bersekolah di SUNGAI BULOH.

Untuk menghiburkan hati, mereka mencari keseronokan yang pelik2 untuk memenuhi kekosongan @ keboringan mereka sewaktu berada di asrama ini. Dan timbullah permainan Spirit Of The Coin dan Spirit Of The Bowl.

Permainan ini sebenarnya tidaklah susah untuk dijalankan, ianya hanya memerlukan sehelai kertas yang dipenuhi huruf dan nombor dan ditengahnya di tulis perkataan "Yes" , "No" dan "Home" dan syiling 1 sen (lebih menyeronokkan jika dapta syiling lama). Untuk memainkan permainan ini hanyalah dengan meletakkan jari telunjuk di atas syiling ini dan menyebut mantera yang telah ditetapkan. Syiling akan bergerak ke perkataan "Yes" jika semangat @ makhluk halus telah tiba, ada yang benar dan ada yang saja tipu mengerakkan syiling sendiri.

Permainan Spirit Of The Coin ini bertujuan untuk berbual dengan makhluk @ semangat yang berada disekeliling @ sekitar kawasan dan untuk tujuan uneuk mengetahui mengenai rahsia pemain-pemain Spirit Of The Coin ini. Namun untuk menyelesaikan atau untuk menutup permainan ini bukanlah dengan kehendak pemain tetapi dengan kehendak makhluk @ semangat itu sendiri. Ada yang tidak sanggup menunggu dan berbual dengan makhluk @ semangat ini dan terus menarik jarinya dari duit syiling ini. inilah yang menyebabkan makhluk ini mengamuk dan mengganggu penghuni-penghuni yang berada disitu.

Permainan ini memudaratkan, janganla kita mencuba hanya kerana mahu memuaskan diri sendiri..Beringatlah SAUDARAKU

Sekian, w'salam

Permainan/Dendam Cinta Dalam Dunia Serba Berilmu Kini....

A'kum,

Lama jugak aku tak melakar coretan dalam blog ni, agak busy la sikit.

Baiklah, aku taknak buang masa menerangkan mengenai dunia pekerjaan aku sebab itu dah merupakan tempat aku mencari rezeki dan sudah sememangnya sibuk biler kiter dah mula bekerja kan?

KHAMIS malam JUMAAT sebelum hari perayaan cina aku menolong sepasang pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga dan ingin melangsungkan majlis pertunangannya pada isnin sewaktu perayaan cina (dah lepas dah...Alhamdulillah, sepanjang jodohnya).

Seminggu sebelum pasangan ini datang untuk berjumpa dengan aku, abang iparnya yang merupakan jiran satu pangsapuri aku yang merupakan salah seorang pesakit yang datang untuk khidmat mengurut aku(Alhamdulillah sihat orangnya) telah menceritakan tentang masalah pasangan ini.

Aku diberitahu bahawa pasangan ini telah berjumpa dengan 4 orang bomoh dan seorang ustaz di masjid berdekatan tetapi tidak berjaya untuk menyelesaikan masalah pasangan ini. Sebelum aku bercerita panjang ingin aku menyatakan bahawa pasangan ini berasal dari PERAK. Aku juga diberitahu yang pasangan ini dimaklumkan oleh perawat2 bahawa mereka telah diganggu oleh Hantu Raya yang telah dihantar oleh seseorang. Itulah yang membuatkan aku marah, kenapa manusia sekarang ni terlampau suka nak menggunakan/melakukan perkara2 yang memudaratkan agama dan diri sendiri, INSAFLAH wahai saudaraku...

Bersambung dengan apa yang telah berlaku sewaktu iktihar aku untuk membantu pasangan ini, pagi khamis aku telah meminta pasangan ini membeli limau nipis sebanyak 21 biji untuk mandi dan kain batik untuk pesakit perempuan ini. dan 7 biji lagi untuk aku gunakan untuk rawatan.

Sebelum aku memulakan rawatan aku bertanyakan kepada pasangan ini mengenai masalah mereka ini dan bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak pergi ke Darul Syifa' di perak. Pasangan ini pun menjawab pertanyaan aku dengan mengatakan mereka inigin mencuba meminta pertolongan aku kerana abang iparnya mengatakan aku dapat merawat masalah mereka. Aku dengan senyum mengatakan bahawa aku hanya membantu dan selebihnya hanyalah dari ALLAH s.w.t yang tentukan, yakin pada ALLAH s.w.t dan bukan pada perawat.

Mereka juga takut untuk pergi ke rumah perawat di perak kerana sewaktu mereka pergi untuk menyelesaikan masalah mereka ini, mereka telah pergi berjumpa dengan seorang perawat islam muda atas saranan kawan mereka tetapi hampa kerana pesakit perempuan ini telah diraba semasa menjalani proses perubatan. Terkejut aku mendengar cerita pasangan ini kerana telah diambil kesempatan oleh perawat ini dan kepada perawat muda seperti aku ini harap kita mengambil iktibar dan janganlah kita mengambil kesempatan ke atas mereka yang ingin meminta pertolongan kita. Ingatlah, ALLAH yang memberikan keistimewaan dan ilmu kepada kita, gunakanlah keistimewaan ini unutk membantu mereka yang memerlukan dan bersyukurlah dengan nikmat yang terhasil daripadanya.

Selesai sesi pertanyaan bersama pasangan ini aku memulakan proses merawat. Pada mulanya aku membaca ayat suci Al-Quran dan dengan tidak semena-menanya pesakit perempuan ini meraung. Matanya tajam merenung aku.

Aku bertanya : "Kenapa engkau kacau perempuan ini"

Pesakit yang dirasuk : " Aku nak dia mati, aku nak dia tersiksa sampai mati"

Aku menjawab : "aku mengingatkan engkau akan perjanjian Raja-Raja Iblis dan Jin dengan Nabi Allah Sulaiman"....Pesakit meraung dan pengsan.

Aku membaca Ayat Qursi dan memanggil makhluk yang menggangu pesakit perempuan ini. Alhamdulillah berjaya. Pesakit ini memandang aku dengan tajam. Aku memintanya keluar tetapi makhluk ini enggan. aku membuat keputusan untuk menyembelih makhuk ini.

Aku meminta keberkatan dari ALLAH untuk mengalihkan makhluk ini ke badan pembantu aku dan aku menjalankan proses menyembelih. Alhamdulillah selesai.

Aku menyediakan air mandian untuk pasangan ini dan limau untuk mereka letakkan dirumah sebagai penarik ilmu hitam.

Selesai perubatan aku meminta mereka membuang kain pelekat yang dipakai pasangan ini dibuang di sungai perak.

Alhamdulillah...dapat juga aku membantu pasangan ini dari masalah mereka yang telah sekian lama mereka tanggung..semuanya dengan keberkatan ALLAH s.w.t.