BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

Kelantan Oooooohhhhhhhh Kelantan
















Agak menyeronokkan kalau dapat berjalan ditempat orang, kan?.

itulah yang berlaku pada diri aku minggu lepas dari hari khamis hingga ahad.
seronok bercampu penat,hehehehehe,tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Kota Bahru, Kelantan, merupakan destinasi aku yang merupakan tempat di ma
na jabatan aku menganjurkan sukan dalaman. Kenapa nak jauh-jauh?, nak merasa bertanding ditempat orang,hehehehe.

Perjalanan aku bersama kawan-kawan aku bermula dari Putrajaya sekitar 10.30 pagi. Kalau berjalan jauh kenalah berhenti makan dan rehatkan badan seketika, betul tak?. Jadi Kiteorang berhenti dekat perhentian R&R Temerloh.

Lepas 30 minit membelasah makanan yang ada dan berguling-guling menghilangkan penat, perjalan kiteorang diteruskan menyusuri jalan kemaman hingga ke sebuah perkampungan di mana salah seorang kakitangan jabatan aku mengajak makan petang di rumah keluarganya.




Sempat jugakla kiteorang bergambar di sungai yang mana menggamit mata kiteorang untuk berhenti seketika untuk sesi fotografi.





Sejam berehat di rumat salah seorang kakitangan jabatan, kiteorang meneruskan perjalanan sehingga ke Kelantan.


perjalanan program di Kota Bahru, Kelantan seperti biasa, tapi aku dengan tabiat aku iaitu memancing, pantang jumpa kawasan best jer, pancing aku labuhkan,hehehehehe.

Malam sewaktu diKelantan aku tak lepaskan bersama Uncle Malik berehat di Pantai PCB(Pantai Cahaya Bulan) menikmati Air Kelapa yang memang sedap sambil menanti waktu untuk memancing.






Hehehehehe, memang sedap.


Ahad, Perjalanan pulang yang sememangnya dinanti-nantikan, aku dan Uncle Malik mengambil jalan Jeli-Grik untuk pulang melalui jalan Kuala Kangsar.

Pemandangan di Banjaran Titiwangsa sememangnya menawan hati aku sambil aku dan Uncle Malik berhenti rehat di Perhantian Banjaran Titiwangsa.



Perjalanan aku diteruskan sehingga ke Tasik Banding.

Memang pemandangannya, korang tengokla sendiri:



Sememangnya satu pengalaman yang menarik dalam hidup aku.

Harap aku dapat menerokai lagi pemandangan2 yang indah di sekitar tanah ait yang tercinta ini.

Amin,

Kepada rakan-rakan:

kalau nak join aku pergi memancing, jumaat malam sabtu ni aku pergi sea lion.
kalau nak join call la: 016-6080397 (khairul)

k

Tuesday, July 7, 2009

Memancing lagi,huhuhuhuhuhu
















Hm, ni lah sambungan cerita mengenai hobi aku memancing. Hm, kalau haritu aku cerita tentang tempat memancing di Kuala Lukut dan Sea Lion, Port Klang tapi lebih pada Sea Lion, Port Klang, sekarang aku nak cerita pasal Kuala Lukut.


Kalau diikutkan aku ni boleh dikatakan macam kelawar jugak, malam baru nak cergas nak ke sana-sini, ntah la aku pun tak tahu kenapa, tapi kurang-kurangnya tak lapergi disco ke, cari bohsia ker atau buat keje-keje tak berfaedah, kurang-kurangnya aku pergi memancing,kan,kan,kan.

Kuala Lukut merupakan tempat kedua kesukaan aku selepas Sea Lioan,Port Klang. Sebab banyak ikan boleh dapat, tapi banyak gelama ngan gemang jela.
kat Kuala lukut aku lebih suka gunakan tekinik mata kail POLO yang senang digunakan nak cepat membuahkan hasil tangkapan.

Tapi tujuan aku sebenarnya datang memancing kat Kuala Lukut ni adalah untuk menenangkan diri dengan menikmati pemandangan yang indah.






























jadi, cubalah pergi kat kuala lukut kalau nak rasa apa yang aku rasa, atau nak join aku pun boleh,hehehehe

Sunday, July 5, 2009

Memancing Melegakan Kekusutan Kepala, Huhuhuhuhuhuh!!!!

















Hari-hari yang memeningkan kepala dengan kerja yang agak banyak dan memerah kepala untuk mereka reka letak untuk Buletin jabatan membuat aku kusut seketika.

Dalam zaman sekarang ni jugak aku tak boleh duduk diam, kenalah cari duit lebih dengan mencari klien untuk memajukan syarikat yang baru aku tubuhkan bersama keluarga dan tunag kesayangan aku.


Kenalah kerja keras, balik pukul 3 atau 4 pagi merupakan perkara biasa dalam hidup aku disamping kerja di pejabat diawal pagi.


Malam selasa, khamis dan ahad pula merupakan hari bersama penduduk kawasan sekitar tempat aku tinggal dengan bermain badminton, disamping mengajar komputer untuk kanak-kanak dan tuisyen bahasa inggeris untuk pelajar tingkatan3 dan 5 di surau kawasan tempat tinggal aku.


Kalau difikirkan penat jugak tapi menyeronokkan, korang kenalah cuba barulah korang tahu macam mana aku rasa.


Jumaat malam sabtu merupakan malam yang aku paling suka, memancing, memancing, memancing, dah memang hobi aku memancing sejak dari kecil lagi, jadi, Pancing la, hehehehehe


Aku dan ayah aku selalunya memancing di Kuala Lukut atau Kolam Memancing Sea Lion, Port Klang, memang menyeronokkan, disamping memancing untuk mendapatkan ikan, dapat jugak aku release tension dengan kerja-kerja dan perangai manusia sekarang ni, hm, faham-faham jela.


















Memang la seronok memancing ni, tapi sebenarnya memancing ni mengajar kita erti sabar dan sebenarnya untuk menenangkan jiwa dan fikiran dari kekusutan,kenalah hayati,

aku sekarang ni nak cari rakan-rakan yang nak join aku memancing ikan,

kalau berminat,PM la k

hehehehehe