BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 19, 2009

Dua EkOR HAMster ku.....huuhuhuhu

Dah lama aku teringgin nak bela binatang peliharaan....hehehehhe...akhirnya aku dapat beli dua ekor dengan harga yang boleh dikatakan murah jugak(atau pekerja kedai haiwan peliharaan tu salah kira...hm, tak tahu la Aku...hehehe) iaitu RM 20 untuk dua ekor hamster jenis winter white(comel dan lincah).

Aku berikan nama Herbie dan Bettle,tapi mak aku bagi nama panggilan rumah Nino dan Nini(so ada 2 nama la ek...),aku belikan sangkar untuk Herbie dan Bettle yang dilengkapi dengan gelongsor dan tempat untuk berjoging disamping rumah yang aku penuhi dengan sisipan tilam(kayu/wood layer) supaya Herbie dan Bettle aku dapat tido dengan lena.

Aku juga ada belikan Herbie dan Bettleku makanan yang merupakan campuran gandum,jagung dan kuaci tetapi selepas beberapa hari pemerhatian aku dan melayan komplain Herbie dan Bettle aku memutuskan untuk membeli KUACI sebagai makanan tetap dan rutin bagi Herbie dan Bettle...

Selang beberapa hari aku telah membelikan sebuah kenderaan (bola jalan) untuk Herbie dan Bettle gunakan untuk mengembara di dalam kawasan rumah aku.nyata sekali Kedua-dua mereka itu menyukainya.

Aku menantikan barang yang baru untuk Herbie dan Bettle dan aku juga menantikan jikalau Herbie dan Bettle dapat menghasilkan penghuni-penghuni baru untuk aku kenali nanti...tak sabar rasanya(padahal baru bela sekejap jer...huhuhu)

0 comments: