Agak pelik zaman kita sekarang ni,walaupun kita sudah ketahui bahawa dunia kita ini sudah sampai ke dunia Akhir Zaman. Tengokla keadaan sekeliling kita ni, manusia berlumba-lumba dalam mencapai kejayaan keduniaan (jujur la aku pun sama jugak kadang-kadang), sedangkan kita tahu semua ni tak membawa kita ke syurga nanti kecuali amalan dan pegangan kita pada agama kita. Ada juga yang dah mula berjinak-jinak dengan ilmu yang bukan-bukan untuk mencapai kesenangan di dunia yang hanya sementara ini. Insaflah wahai kawan
Aku bukan nak bagi ceramah tapi ni realiti yang aku nampak sepanjang aku hidup sehingga umur aku mencecah 23 tahun ni.
Aku ada manjalankan kelas silat untuk sesiapa yang berminat dan memerlukan asas perlindungan diri, mengurut dan adakalanya aku tolong mereka yang diganggu oleh benda-benda pelik ni. Dan kebanyakkan perkara yang aku jumpa selama ni selalunya berkaitan kepentingan "PENGHANTAR" itu sendiri. dan kebanyakkan pesakit yang datang atau minta pertolongan aku ni adalah golongan wanita yang ada rupa la (boleh tahan la).
Alhamdulillah selepas beberapa sesi pesakit aku ni pulih.
Aku mula berminat dalam dunia perubatan ini pada awalnya untuk membalas dendam atas kematian mak angkat aku setelah terkena santau yang teramat teruk"perutnya mengandungi anak ikan pari",amat mengerikan. Waktu tu aku tak dapat nak bantu mak angkat aku kerana aku tak tahu menahu pasal dunia perubatan ni dan dulu aku selalu mengambil ringan akan hal ini.
Selepas perkara yang sadis ini menimpa aku, aku berniat pada waktu itu untuk belajar ilmu hitam untuk membalas dendam pada orang yang telah melakukan perbuatan yang KOTOR ini pada Arwah mak angkat aku. Aku berjumpa dengan seorang pawang dan belajar semua ilmu hitam yang perlu aku pelajari selama 1 1/2 tahun.
Kemudian aku melanjutkan pelajaran di KYM (Kolej Yayasan Melaka). Pada waktu itu aku baru tamat mempelajari apa yang aku hajatkan. Ketika aku di KYM, aku berjumpa dengan bermacam-macam orang dan bermacam-macam ilmu yang dipelajari.
Satu hari sewaktu aku hendak makan, aku didekati dengan seorang lelaki yang berpakaian jubah yang menegurku. Aku mengajaknya makan (dengan niat ingin mencuba). Lelaki tersebut menerima perlawaan aku. Setelah beberapa cubaan aku pada lelaki ini jelas sekali lelaki ini bukan orang biasa.aku bertanyakan pada dia kenapa dier tidak membalas cubaan aku. Aku kurang ingat keseluruhan ayat lelaki tersebut cuma perkataan yang masih terngiang-ngiang di kepala aku dan akan aku pegang sehingga sekarang ialah "Ilmu ini datangnya dari Allah,Dia yang berkuasa dan Dia boleh menarik ilmu yang Dia beri dengan sekelip mata. Kita sesama manusia sememangnya jahil tetapi kenapa kita menyamakan diri kiter dengan golongan SYAITAN dengan membalas dendam sesama kita dan membunuh mereka yang sepatutnya hidup beramal kepada ALLAH s.w.t., siapalah kita untuk menentukan seseorang itu buruk dan seseorang itu baik. cukup la jika kita menolong mereka yang memerlukan Lampu ketika dunia mereka semakin gelap".
Aku insaf,aku insaf. Kemudiannya aku menceritakan pada lelaki tersebut mengenai ilmu yang aku telah pelajari danlelaki tersebut menyarankan aku membuangnya kerana dikhuatiri memudaratkan diri. Kemudiannya lelaki tersebut memberi aku beberapa ayat dan zikir untuk amalan dan selebihnya dia nasihatkan aku mendekatkan diri dengan ALLAH dan AL-Quran.
Alhamdulillah setelah sekian lama dendam aku hilang dan niat aku untuk meneruskan ilmu hitam yang aku pelajari itu bertukar menjadi jijik untuk mempelajarinya. aku belajar mengurut dari seorang ustaz dan cuba mendekatkan diri dengan dunia perubatan islam ini sudah hampir 3 tahun.
Dan sekarang aku bersyukur dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan aku dan dapat menurunkan ilmu persilatan kepada mereka yang berminat. aku juga ada memberi nasihat kepada mereka yang memerlukan dan mengurut.
P:S: jangan la jadi seperti aku ni, berpegang pada dendam dan rasa iri hati, aku benci mereka yang suka berdendam dan mereka yang iri hati. jalanilah kehidupan yang tenang tanpa mengganggu hidup orang lain(^-^).
Monday, January 12, 2009
Dendam Menukar kiter!!!
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 11:07 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
i'm really agree wit Dendam Menukar Kita...
actually i xnk pun dendam ngan sesape tapi kdg2 keadaan yang memaksa kita...
but now,my life became more peaceful tanpa dendam..mmg ada perasaan marah n benci tapi semua tu terluah dalam hati saja n really hope i boleh lupakan terus perasaan marah n benci tu..tp dendam jgk blh buatkan kita lebih kuat utk tempuh semua dugaan n berusaha untuk buktikan kita jg blh berjaya...biarla Allah saja membalas kepada orang yang buatkan kita marah kerana Dia saja yang tahu kebenarannya..am i rite,bro?
yup...great responds...dendam boleh mengubah kiter..mengubah kiter dari pelbagai aspek..tapi ianya jugak banyak mengajar kiter dalam menempuhi pelbagai dugaan dalam perjalanan hidup kiter sehari2...ianya jugak memberi kiter pengalaman dalam mencari dan membuat kawan...harap kiter dapat menempuhi hidup ini dengan aman...insyaallah...
Post a Comment