BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 5, 2009

Memancing Melegakan Kekusutan Kepala, Huhuhuhuhuhuh!!!!

















Hari-hari yang memeningkan kepala dengan kerja yang agak banyak dan memerah kepala untuk mereka reka letak untuk Buletin jabatan membuat aku kusut seketika.

Dalam zaman sekarang ni jugak aku tak boleh duduk diam, kenalah cari duit lebih dengan mencari klien untuk memajukan syarikat yang baru aku tubuhkan bersama keluarga dan tunag kesayangan aku.


Kenalah kerja keras, balik pukul 3 atau 4 pagi merupakan perkara biasa dalam hidup aku disamping kerja di pejabat diawal pagi.


Malam selasa, khamis dan ahad pula merupakan hari bersama penduduk kawasan sekitar tempat aku tinggal dengan bermain badminton, disamping mengajar komputer untuk kanak-kanak dan tuisyen bahasa inggeris untuk pelajar tingkatan3 dan 5 di surau kawasan tempat tinggal aku.


Kalau difikirkan penat jugak tapi menyeronokkan, korang kenalah cuba barulah korang tahu macam mana aku rasa.


Jumaat malam sabtu merupakan malam yang aku paling suka, memancing, memancing, memancing, dah memang hobi aku memancing sejak dari kecil lagi, jadi, Pancing la, hehehehehe


Aku dan ayah aku selalunya memancing di Kuala Lukut atau Kolam Memancing Sea Lion, Port Klang, memang menyeronokkan, disamping memancing untuk mendapatkan ikan, dapat jugak aku release tension dengan kerja-kerja dan perangai manusia sekarang ni, hm, faham-faham jela.


















Memang la seronok memancing ni, tapi sebenarnya memancing ni mengajar kita erti sabar dan sebenarnya untuk menenangkan jiwa dan fikiran dari kekusutan,kenalah hayati,

aku sekarang ni nak cari rakan-rakan yang nak join aku memancing ikan,

kalau berminat,PM la k

hehehehehe

0 comments: