BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 5, 2009

Berhati-hati...

Kepada kawan-kawan aku yang berada diluar sana terutamanya kaum wanita, ingin aku nasihatkan agar berhati-hati dalam mencari kawan dan bercinta.

Janganlah terlalu mengikut perasaan dan paras rupa teman anda.

Ingin aku nasihatkan juga agar kawan-kawan wanita yang berada di luar agar berhati-hati juga dalam menonjolkan diri kepadakhalayak ramai. Ingatlah, anda adalah harta yang berharga dalam sesebuah keluarga terutamanya bagi ibu dan bapa anda, dan bagi mereka yang telah berkahwin, anda adalah harta yang berharga bagi suami dan anak2 anda.

Jadi jagalah penampilan dan pergaulan, bukan melarang tetapi lihatlah dunia sekarang ni, semakin ke zaman Jahilliyah. Kita dah tengok banyak kes ROGOL dan CULIK serta KAHWIN LARI.

Terdapat sebuah peristiwa yang baru sahaja berlaku beberapa hari yang lalu dimana seorang daripada sahabat yang datang berurut dengan aku telah menelefon aku di wal pagi, kira-kira dalam pukul 1.30 pagi dan meminta aku untuk datang ke rumahnya.

Tetapi aku keletihan kerana baru sahaja menyelesaikan menyiapkan komputer yang diorder dari salah seorang pelanggan. Aku bertanya padanya kenapa.

Dia memberitahu aku yang abangnya telah membawa adiknya keluar dari KEDAH kerana adiknya ingin larikan diri dan berkahwin dengan seorang lelaki Acheh...aku bertanyakan kenapa. Dia memberitahu bahawa adik perempuannya jadi tak menentu dan kadang-kala lupa siapa keluarganya dan adakalanya meracau.

Aku meminta telefon diberikan kepada abangnya untuk mendengar cerita yang lebih lanjut.

Untuk memendekkan cerita, aku mendapati bahawa adik perempuan kepada sahabat aku ini telah dibuat oleh lelaki Acheh ini.

Aku meminta maaf kerana aku tidak dapat ke rumah sahabat aku tetapi aku memberikan sedikit cara untuk menenangkan adik perempuannya itu dengan menggunaka air garam sambil dibacakan ayat2 Ruqyah. Aku juga berdoa kepada ALLAH S.W.T agar dihindarkan adik perempuan sahabat aku ini daripada segala benda yang tidak sepatutnya.

Keesokkan harinya aku menelefon sahabat aku untuk mengetahui keadaan adik perempuannya itu. Sahabat aku memberitahu bahawa abangnya dan adiknya ingin pulang ke kedah untuk mendapaykan rawatan lanjut. Aku menyarankan supaya abang dan adik perempuan kepada sahabat aku ini pergi ke Darul Syifa, Darul Salam atau Darul Hikmah atau dimana tempat yang menjalankan perubatan islam.

aku mendoakan agar adik perempuan kepada sahabatku ini sembuh dan hidup seperti sediakala...Amin

Jadi aku meminta kepada kawan2 wanita aku di luar agar berhati-hati...

Sekian, Wassalam

1 comments:

الفقير إلى الله وان عصرول said...

Salam,

Salam mabruk.

Dah tahu ayat-ayat ruqyah, bolehlah diri yang jahil nak belajar ye..

Agak2 bila boleh diri yang jahil nie nak menuntut dgn tn?