Agak menyeronokkan kalau dapat berjalan ditempat orang, kan?.
itulah yang berlaku pada diri aku minggu lepas dari hari khamis hingga ahad.
seronok bercampu penat,hehehehehe,tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Kota Bahru, Kelantan, merupakan destinasi aku yang merupakan tempat di mana jabatan aku menganjurkan sukan dalaman. Kenapa nak jauh-jauh?, nak merasa bertanding ditempat orang,hehehehe.
Perjalanan aku bersama kawan-kawan aku bermula dari Putrajaya sekitar 10.30 pagi. Kalau berjalan jauh kenalah berhenti makan dan rehatkan badan seketika, betul tak?. Jadi Kiteorang berhenti dekat perhentian R&R Temerloh.
Lepas 30 minit membelasah makanan yang ada dan berguling-guling menghilangkan penat, perjalan kiteorang diteruskan menyusuri jalan kemaman hingga ke sebuah perkampungan di mana salah seorang kakitangan jabatan aku mengajak makan petang di rumah keluarganya.
Sempat jugakla kiteorang bergambar di sungai yang mana menggamit mata kiteorang untuk berhenti seketika untuk sesi fotografi.
Sejam berehat di rumat salah seorang kakitangan jabatan, kiteorang meneruskan perjalanan sehingga ke Kelantan.
perjalanan program di Kota Bahru, Kelantan seperti biasa, tapi aku dengan tabiat aku iaitu memancing, pantang jumpa kawasan best jer, pancing aku labuhkan,hehehehehe.
Malam sewaktu diKelantan aku tak lepaskan bersama Uncle Malik berehat di Pantai PCB(Pantai Cahaya Bulan) menikmati Air Kelapa yang memang sedap sambil menanti waktu untuk memancing.
Ahad, Perjalanan pulang yang sememangnya dinanti-nantikan, aku dan Uncle Malik mengambil jalan Jeli-Grik untuk pulang melalui jalan Kuala Kangsar.
Pemandangan di Banjaran Titiwangsa sememangnya menawan hati aku sambil aku dan Uncle Malik berhenti rehat di Perhantian Banjaran Titiwangsa.
Memang pemandangannya, korang tengokla sendiri:
Sememangnya satu pengalaman yang menarik dalam hidup aku.
Harap aku dapat menerokai lagi pemandangan2 yang indah di sekitar tanah ait yang tercinta ini.
Amin,
Kepada rakan-rakan:
kalau nak join aku pergi memancing, jumaat malam sabtu ni aku pergi sea lion.
kalau nak join call la: 016-6080397 (khairul)
k


0 comments:
Post a Comment