Kerap kali sekarang ini kiter mendengar mengenai kisah rasukan hantu,usikan hantu, histeria dan pelbagai fenomena mengenai makhluk halus ini. tetapi tahu tak kiter yang sebenarnya penyebab kepada berlakunya perkara ini adalah kerana perbuatan mereka yang kurang bertanggungjawab dan suka berseronok ini.
Dunia hostel mahupun asrama merupakan dunia yang terasing dari hiburan luar dan gangguan luar. Aku pernah menjadi penghuni asrama ketika aku bersekolah di SUNGAI BULOH.
Untuk menghiburkan hati, mereka mencari keseronokan yang pelik2 untuk memenuhi kekosongan @ keboringan mereka sewaktu berada di asrama ini. Dan timbullah permainan Spirit Of The Coin dan Spirit Of The Bowl.
Permainan ini sebenarnya tidaklah susah untuk dijalankan, ianya hanya memerlukan sehelai kertas yang dipenuhi huruf dan nombor dan ditengahnya di tulis perkataan "Yes" , "No" dan "Home" dan syiling 1 sen (lebih menyeronokkan jika dapta syiling lama). Untuk memainkan permainan ini hanyalah dengan meletakkan jari telunjuk di atas syiling ini dan menyebut mantera yang telah ditetapkan. Syiling akan bergerak ke perkataan "Yes" jika semangat @ makhluk halus telah tiba, ada yang benar dan ada yang saja tipu mengerakkan syiling sendiri.
Permainan Spirit Of The Coin ini bertujuan untuk berbual dengan makhluk @ semangat yang berada disekeliling @ sekitar kawasan dan untuk tujuan uneuk mengetahui mengenai rahsia pemain-pemain Spirit Of The Coin ini. Namun untuk menyelesaikan atau untuk menutup permainan ini bukanlah dengan kehendak pemain tetapi dengan kehendak makhluk @ semangat itu sendiri. Ada yang tidak sanggup menunggu dan berbual dengan makhluk @ semangat ini dan terus menarik jarinya dari duit syiling ini. inilah yang menyebabkan makhluk ini mengamuk dan mengganggu penghuni-penghuni yang berada disitu.
Permainan ini memudaratkan, janganla kita mencuba hanya kerana mahu memuaskan diri sendiri..Beringatlah SAUDARAKU
Sekian, w'salam
Wednesday, February 4, 2009
Permainan Semangat Duit Syiling @ Mangkuk (Spirit of The Coin @ Bowl)
Posted by OrAnGE_NemeSIs at 8:09 PM
Labels: The Spirit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment